Calon PH Bagan Datuk nafi tawar saguhati pada pengundi

0
3

CALON Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menafikan kenyataan tular yang mengaitkan nama di media sosial, hari ini.

Ia selepas tular satu mesej yang mendakwa pengundi akan menerima RM100 sebagai penghargaan sokongan kepada PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“PH Bagan Datuk menafikan sekeras-kerasnya ada rasuah untuk pengundi dan mengutuk perbuatan menyebarkan berita palsu.

“Pengundi hari ini sudah semakin bijak untuk menilai, Selamat Mengundi!” ciapannya di laman Twitter.

Parlimen Bagan Datuk menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon PH, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan satu calon bebas.

Shamsul Iskandar berdepan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN), Dr Muhammad Faiz Na’aman (PN) dan Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail (bebas). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here