Pilihan raya DUN Tioman 7 Disember ini

0
2
grafik

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada 7 Disember depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan, tarikh penamaan calon adalah pada 24 November manakala tarikh undian awal pula pada 3 Disember.

“Tempoh berkempen ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November sehingga 11.59 malam 6 Disember (Selasa),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, urusan permohonan undi pos bagi pengundi yang layak juga dibuka hari ini sehingga 22 November.

“SPR telah menerima writ pilihan raya yang dikembalikan kepada pegawai pengurus bahagian pilihan raya Parlimen Rompin pada hari ini susulan kematian Md Yunus,” katanya.

Ini bermakna tarikh pilihan raya DUN Tioman adalah serentak dengan tarikh pengundian bagi Parlimen Padang Serai.

Pilihan raya DUN Tioman terpaksa ditunda susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli, pagi tadi.

Manakala pilihan raya Parlimen Padang Serai pula akibat kematian calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, seramai 429 orang petugas akan dilantik mengendalikan proses pilihan raya itu.

“Keseluruhan pusat mengundi ialah 19 buah dengan 54 saluran dan memerlukan peruntukan sebanyak RM3 juta,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here