Calon PN DUN Tioman meninggal dunia

0
3

CALON Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Md Yunus Ramli, meninggal dunia pada jam 3.30 pagi tadi.

Md Yunus 61 tahun dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Difahamkan Allahyarham mengadu sakit dada dan dibawa ke Hospital Rompin oleh anaknya untuk menerima rawatan pada jam 3 pagi tadi.

Md Yunus juga dilaporkan menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan mengalami masalah jantung.

Pada Oktober tahun lalu beliau pernah dirawat di Hospital Rompin kerana serangan jantung.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan pihaknya akan memutuskan berhubung status pilihan raya di kawasan tersebut

Difahamkan pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here