SPR tangguh pengundian DUN Tioman

0
1

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengundian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli, berkata penangguhan itu susulan kematian calon daripada Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli, awal pagi tadi.

Katanya, pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Terdahulu, media melaporkan Md Yunus disahkan meninggal dunia jam 3.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Rompin, Pahang.

Semalam, SPR menetapkan pengundian PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, ditunda ke 7 Disember depan berikutan kematian seorang calonnya daripada Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya yang juga penyandang kerusi Parlimen itu, Rabu lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dipetik berkata justeru hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditetapkan pada 24 November ini, manakala hari mengundi awal pula 3 Disember. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here