Dafi doa bapa terus diberi kesihatan, kesejahteraan

0
3

ANAK Perdana Menteri, Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Dafi mendoakan agar bapanya terus diberikan kesihatan dan kesejahteraan untuk melakukan apa yang diminati.

Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi kagum melihat komitmen bapanya yang bertanding bagi kerusi Parlimen Bera sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Secara peribadi, saya gembira melihat papa mampu tersenyum, setiap hari sebab melakukan kerja yang diminati. Saya tidak pernah dengar papa mengeluh.

“Namun, dalam masa sama, saya harap papa juga beringat untuk mendapatkan rehat mencukupi dan menjaga kesihatan.

“Saya bangga melihat melihat papa bekerja untuk PRU-15. Ia secara tak langsung memberi inspirasi kepada saya,” katanya seperti dilapor BH.

Beliau dalam pada itu berkata akan menerima apa saja pilihan rakyat Malaysia tanpa prejudis dan hati yang terbuka.

“Sudah tentu saya berharap keputusan terbaik untuk papa dan seluruh pasukannya. Dalam masa sama, saya memahami bahawa ini adalah PRU dan apa sahaja boleh berlaku.

“Jadi, nak kata saya terlalu mengharapkan kemenangan papa, tidaklah. Tetapi, paling saya harapkan adalah satu sahaja, iaitu walau apa sahaja keputusan PRU15, semoga rakyat Malaysia terima dengan positif.

“Tidak perlu terlalu emosi mengenai politik. Dan, saya juga berharap ia adalah keputusan terbaik untuk rakyat Malaysia,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here