Ada cubaan kelirukan pengundi Tanah Merah – Ikmal Hisham

0
2
TANAH MERAH, 22 Ogos -- Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz ketika sidang media selepas Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanah Merah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

CALON Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz mendakwa ada cubaan untuk mengelirukan pengundi di kawasannya menggunakan kain rentang mendakwa beliau ditolak oleh akar umbi PAS.

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu turut tular di media sosial sejak semalam memaparkan kain rentang yang dipasang sekitar kawasan parlimen termasuk di jambatan Tanah Merah.

Mengulas lanjut Ikmal Hisham berkata, cubaan berkenaan dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di saat-saat akhir sebelum proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Tindakan itu tidak matang kerana ia cubaan untuk mengelirukan (pengundi), tapi rakyat Tanah Merah dah tahu gerak kerja dan hasil saya selama ini.

“Saya berjuang selama ini di Tanah Merah. Kain rentang ini tidak dapat mempengaruhi, malah ia akan membantu menambahkan jumlah pengundi saya.

“Pengundi juga tidak suka kerja-kerja kotor yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Penyandang Parlimen Tanah Merah itu berkata, kepada penyebar (fitnah) beliau berharap supaya mereka muhasabah diri.

Beliau mengakui tidak gentar dan akan terus berkempen dan menyantuni pengundi termasuk pengundi luar yang baharu pulang ke kampung.

“Saya yakin penduduk Tanah Merah akan memberi peluang kepada saya untuk menjadi wakil rakyat mereka seterusnya membangunkan Parlimen ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here