Khidmat cemerlang Pemuda Umno bukti kepimpinan Asyraf Wajdi

0
2

DATUK Dr Asyraf Wajdi Dusuki yakin dapat menawarkan khidmat terbaik sekiranya diberi mandat untuk menjadi Ahli Parlimen Gerik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada Sabtu ini.

Calon Barisan Nasional (BN) P.054 Gerik itu, berkata keyakinannya adalah berdasarkan prestasi cemerlang Pemuda Umno Malaysia yang diterajuinya dalam membela nasib rakyat.

Menurutnya, rakyat di Gerik semestinya dapat melihat pelbagai isu rakyat yang diperjuangkan oleh Pemuda Umno selama ini.

“Saya hanya mengharapkan mereka memberi peluang kepada saya untuk menjadi wakil mereka bukan sahaja membawa suara mereka di Parlimen tetapi juga mengetengahkan isu-isu yang disuarakan dan menjadi aspirasi rakyat.

“Selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia, mereka tentu dapat melihat bagaimana lantangnya Pemuda Umno selama empat tahun setengah ini memperjuangkan isu-isu rakyat yang pelbagai seperti pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), moratorium, p-Hailing, e-Hailing, kebajikan rakyat di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banyak lagi.

“Pemuda Umno bukan hanya sekadar bercakap tetapi memastikan perkara-perkara yang disuarakan oleh rakyat diperjuangkan habis-habisan,” katanya ketika ditemui Malaysiapost.

Asyraf Wajdi berkata, beliau dan Pemuda Umno tidak pernah menoleh kebelakang dan tidak sesekali merasa kecewa dalam memperjuangkan suara rakyat, kerana apa yang penting rakyat dapat manfaat daripada perjuangan yang dilakukan.

“Kami tidak pernah tuntut kredit atas usaha-usaha yang dilakukan dan inilah antara perkara yang saya tawarkan kepada rakyat Gerik.

“Kerana prinsip saya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah SWT dan mengikut prinsip Islam iaitu sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi khidmat yang terbaik kepada manusia. Itu prinsip hidup saya dan saya menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat Gerik sebagai wakil mereka.

“Saya menaruh harapan agar mereka memberi kepercayaan dan memilih saya selaku Ahli Parlimen pada 19 November ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here