Aliran trafik sesak hala ke Pantai Timur

0
1

ALIRAN trafik menghala ke pantai timur dilaporkan sesak lebih 30 kilometer (km) sejak jam 7 pagi tadi.

Ia susulan warga kota pulang ke kampung halaman untuk mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), esok.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dalam hantaran Facebook, memaklumkan kesesakan tersebut bermula dari Plaza Tol Gombak sehingga ke Plaza Tol Bentong.

Katanya, kesesakan itu turut membabitkan trafik dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dengan kenderaan menghala ke timur.

“Trafik sesak dan perlahan 22.3 km bermula dari Plaza Tol Gombak sehingga KM 42.1 berhampiran Bukit Tinggi.

“Keadaan sama turut dilaporkan berlaku di KM43.6 hingga KM 51.4 (Bukit Tinggi-Lentang) iaitu sepanjang 7.8 km.

“Turut dilaporkan sesak adalah KM 54.1 hingga KM 58.0 (Lentang-Bentong), ” katanya.

Sementara itu, aliran trafik di LPT 2 turut mengalami sedikit kesesakan sepanjang hampir dua kilometer sebelum Plaza Tol Karak arah ke Kuantan berikutan pertambahan kenderaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai hari mengundi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here