Muhammad Mustakim Ramli
SESI menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu ditangguhkan.
Menerusi kenyataan bersama kedua-dua pemimpin itu, Guan Eng dititah menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara pada hari ini, manakala Mohamad Sabu pada 21 Oktober.
“Namun, semalam Setiausaha Sulit Kanan Baginda telah memaklumkan kepada kami bahawa kedua-dua sesi menghadap Tuanku telah ditangguhkan.
“Kami menjunjung titah dan mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

