Fitri Nizam
SESI perjumpaan antara keluarga dengan penghuni penjara di seluruh negara ditangguhkan bermula hari ini sehingga satu tarikh diberitahu kelak.
Jabatan Penjara Malaysia menerusi kenyataan berkata, ia termasuklah lawatan membabitkan pihak peguam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), kedutaan mahu pun badan bukan kerajaan (NGO).
“Ini merupakan salah satu langkah bagi mencegah dan membendung penularan Covid-19 dalam kalangan penghuni dan individu yang berhubung dengan
institusi penjara,” katanya.
Menurut kenyataan itu, sebarang pertanyaan lanjut boleh merujuk kepada pihak institusi penjara yang berkenaan.
Maklumat tentang institusi penjara juga boleh diperoleh di pautan http://www.prison.gov.my/images/carta/peta-penjara-penjara.htm.
Keputusan menangguhkan sesi perjumpaan itu dipercayai susulan dua institusi penjara iaitu di Kedah dan Pulau Pinang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid-19 sehingga menyumbang kepada peningkatan kes harian sejak beberapa minggu lalu. – Malaysiapost

