Tak guna jadi PM sakau di mata rakyat – Anwar

0
2

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengakui bersifat terbuka dan tidak cepat melatah apabila musuh politik melabelkannya sebagai Perdana Menteri (PM) tepi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, apa guna menjadi Perdana Menteri tetapi di mata rakyat dilabel Perdana Menteri sakau duit dan mengambil harta rakyat.

“Saya jawab Muhyiddin. Okay Anwar PM tepi, dia tidak sanggup gadai maruah bangsa, dia tidak curi harta rakyat, saham dan tanah.

“Saya hendak tanya kamu (Muhyiddin) sepanjang kamu jadi Menteri Besar, Menteri dan PM. Betul kamu boleh cakap tidak ambil tanah, saham dan tak beri kontrak kepada anak menantu kamu.

“Apa guna jadi Perdana Menteri, kalau orang kata ini Perdana Menteri sakau, curi harta rakyat,” katanya ketika berucap pada kempen PH di Kapar, hari ini.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mencabar tiga pemimpin iaitu Presiden Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya mengisytiharkan harta mereka.

Jelasnya, pengisytiharan itu penting dalam membuktikan ketelusan mereka dalam bertanding yang dikatakan antara calon Perdana Menteri bagi parti masing-masing.

“Tetapi Muhyiddin tidak mahu isytihar harta sebab ada rekod harta di sini, harta anak, harta menantu dan harta di Australia.

“Mau cakap bersih, ya pemimpin Pas kamu boleh tipu. Dia cakap dia bersih, kalau bersih beritahu berapa harta. Ini masalahnya, kalau ketua tidak boleh terangkan bagaimana nak pimpin rakyat. Jadi tolong fikir soal ini,” katanya.

Sementara itu, Anwar meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap calon-calon yang memainkan isu perkauman dalam berkempen sekaligus boleh menjejaskan hubungan pelbagai kaum di negara ini.

“Kalau saya jadi PM, pendirian saya jelas iaitu yes saya tolong Melayu, Cina, India, Orang Asli selain Sabah dan Sarawak,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here