Dewan Rakyat rakam ucapan takziah kepada keluarga Karupaiya

0
1

DEWAN Rakyat hari ini merakam ucapan takziah kepada ahli keluarga calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun merakam ucapan takziah itu menerusi kenyataan media, sebentar tadi.

“Semoga ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan mendiang sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang mereka sayangi.

“Semoga roh mendiang akan disemadikan dengan penuh ketenangan,” katanya.

Azhar berkata Parlimen amat menghargai khidmat bakti dan jasa mendiang kepada masyarakat dan negara semasa beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.

Karupaiya disahkan meninggal dunia di Hospital Kulim, jam 2.27 petang tadi.

Berita itu disahkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here