Khairy akur nasihat PM, tumpu menang PRU15 dulu

0
2

KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar akur dengan nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengingatkan semua calon Umno pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak menumpukan soal pemilihan parti itu ketika ini.

Khairy yang bertanding di Parlimen Sungai Buloh berkata, kenyataan Ismail Sabri itu tepat pada masanya kerana parti perlu menang terlebih dahulu dalam PRU15.

Malah, Khairy menegaskan, fokus utama beliau juga tertumpu soal PRU15 sekaligus memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh yang terlepas ke tangan pembangkang sejak pilihan raya umum 2008.

“Saya tidak terlalu banyak tumpu kepada isu (pemilihan Umno) tersebut, (sebaliknya) menjawab satu daripada pelbagai soalan ditanya semasa temu bual yang dijawab saya pada semalam (Selasa),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Selangkah ke Menara Gading dan Townhall Ikon Malaysia bersama Khairy Jamaluddin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, hari ini.

Katanya, pada masa ini rakyat ingin melihat muka baharu yang ditampilkan calon BN pada pilihan raya kali ini.

“Rakyat ingin melihat satu peremajaan dalam BN (pada PRU15),” kata beliau.

Terdahulu pada hari ini, Ismail Sabri mengingatkan Umno memberi sepenuh perhatian memenangi PRU15 dan tidak sibuk memikirkan soal pemilihan parti.

Perdana Menteri berkata, Umno mempunyai tempoh enam bulan selepas PRU15 untuk mengadakan pemilihan parti seperti diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS). -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here