Pahang cuti 18 November

0
3

Ben Ibrahim

PAHANG mengikuti langkah empat negeri lain yang sebelum ini memutuskan 18 November sebagai cuti umum.

Perkara itu disahkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika ditemui media di Kampung Chenor Seberang, dekat Maran, hari ini.

“Kita kena ikut, bila Perdana Menteri dah umumkan, negeri tak ada pilihan, kita kena ikutlah,” katanya.

Wan Rosdy mengulas pengumuman Datuk Seri iIsmail Sabri Yaakob semalam mengenai cuti umum seluruh negara pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan orang ramai mengundi.

Sebelum ini, kerajaan Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Sabah mengumumkan cuti umum di negeri masing-masing sepanjang minggu lalu.

Ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di Pahang yang memasuki pusingan kedua minggu ini, Wan Rosdy berkata, jentera kempen perlu bekerja keras bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kerajaan negeri.

“Setakat ini semuanya berjalan lancar dan kita melihat pengundi mengambil kira ‘track record’ kerajaan Pahang yang begitu menjaga kebajikan rakyat.

“Kita akan teruskan kempen secara sihat, kita beritahu pengundi kenapa harus sokong BN, kita bukan menjanjikan bulan dan bintang, kita tunjukkan apa yang kita dah buat dan banyak lagi kita boleh buat selepas ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here