PRU15: Tanpa Islam, semua kaum tidak selamat – Hadi

0
2

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keadilan kepada seluruh manusia hanya dapat dilaksanakan oleh kepimpinan yang beriman, berakhlak, dan berilmu.

Beliau menegaskan, semua pihak harus mempercayai hanya Islam yang sempurna, adil, dan rahmat dapat menyatukan masyarakat majmuk dengan selamat.

“Umat Islam wajib menerima hakikat wujudnya masyarakat majmuk, walaupun berbeza anutan teori kemasyarakatan dan politik sesuai dengan fitrah penciptaan manusia yang dicipta berbilang-bilang bangsa.

“Tegakkan Islam, maka semua kaum akan selamat. Tanpa Islam, maka semua kaum tidak selamat,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Abdul Hadi menegaskan hukum mengangkat pemimpin yang mewakili Islam dalam pilihan raya merupakan fardu ain (wajib) kepada setiap umat Islam.

Justeru, Abdul Hadi mengingatkan umat Islam perlu memilih calon yang benar-benar berwibawa untuk memimpin kerana ia amanah yang berat dan tidak layak diberikan kepada orang yang lemah.

“Umat Islam hendaklah mengambil berat akan kewajipan mengundi, kerana urusan politik tidak boleh dipisahkan daripada agama.

“Malah, umat Islam akan dipertanggungjawabkan di akhirat tentang urusan pemilihan pemimpin,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here