Perang billboard, Ismail Sabri jadi pilihan netizen

0
2

IKLAN billboard Keluarga Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dipasang di sepanjang lebuh raya dilihat menjadi pilihan ramai netizen menerusi aplikasi TikTok berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Billboard Perdana Menteri bersaiz mega yang dipasang sederet dengan billboard Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mewarnai perjalanan pengguna jalan raya.

Ia menunjukkan Malaysia kini dalam proses demokrasi untuk memilih kerajaan terbaik pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Seorang pengguna TikTok, Gorilla Mango, semalam, memuat naik video billboard Anwar dan Ismail Sabri dengan kapsyen: Perang billboard, ampa (anda) pilih siapa?.

Video yang dimuat naik itu menunjukkan tanda tidak bagus kepada billboard Presiden PKR, manakala tanda bagus terhadap papan iklan Ismail Sabri yang juga calon kerusi Parlimen Bera.

https://www.tiktok.com/@xofjo/video/7165733341600271642?_r=1&_t=8XLRSxXRD61&is_from_webapp=v1&item_id=7165733341600271642

Kandungan TikTok itu turut menarik perhatian ramai netizen lain yang dilihat memuji papan iklan selain memberi sokongan kepada Ismail Sabri.

Seorang netizen, Arilmahazir berkata, dia takut tengok billboard Anwar.

Pengguna lain, Hanifazizi00 berkata Keluarga Malaysia selamanya.

“Sokong BN, sokong Ismail Sabri,” kata Kristineloh45.

“Ismail Sabri the best,” menurut Cap Kaki Lima.

Malah, billboard Ismail Sabri juga menerima banyak emoji berbentuk hati berwarna biru menunjukkan sokongan netizen terhadap BN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here