PRU15: 52 peratus sudah mengundi awal setakat jam 11 pagi

0
1

SEBANYAK 52 peratus daripada 24,828 anggota keselamatan termasuk pasangan telah mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Jumlah itu direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat jam 11 pagi tadi.

Bermula jam 8 pagi tadi, seramai 117,473 anggota tentera serta pasangan manakala 107,355 lagi anggota polis dan pasangan menunaikan tanggangjawab mengundi awal.

Sebanyak 578 pusat pengundian awal di seluruh negara membabitkan 970 saluran dibuka bagi PRU15 dan DUN Bugaya, Sabah.

Pusat mengundi akan ditutup secara berperingkat antara jam 12 tengah hari hingga 5 petang membabitkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan kem tentera.

Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan bagi PRU15 mengandungi 21.2 juta pengundi dengan 20.91 juta adalah pengundi biasa.

PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi DUN di Pahang, Perlis dan Perak serta Bugaya di Sabah.

SPR menetapkan 19 November ini sebagai hari mengundi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here