PM jelaskan sebab tak bersemuka dengan media

0
3

SEJAK memimpin negara pada akhir Februari lalu, buat pertama kali Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan sidang media yang dihadiri wartawan untuk bertanya pelbagai soalan.

Ketika memulakan sidang media itu, Perdana Menteri berkata beliau sentiasa menghargai media namun tidak mengadakan sidang media secara bersemuka kerana mahu menumpukan terhadap isu negara seperti Covid-19 dan ekonomi.

Katanya, beliau enggan menjawab soalan lain terutama berkaitan politik kerana tidak mahu rakyat beranggapan Perdana Menteri lebih banyak berpolitik berbanding memberi tumpuan terhadap isu lebih besar.

Beliau menjelaskan soal berkaitan kebajikan rakyat, keselamatan dan ekonomi negara menjadi tumpuan utama, berbanding bercakap mengenai politik.

“Saya tidak bersedia (jumpa media) bukan kerana tidak tahu menjawab, cuma saya nak tetapkan kenyataan bahawa rakyat tidak mengata Perdana Menteri sibuk dengan politik dan lupakan perkara utama khususnya soal kebajikan rakyat.

“Dalam tempoh kritikal ini kita tidak terlalu mengalih pandangan terhadap isu lain walaupun berminat nak tanya soal politik (media), ” katanya pada sidang media hari ini. – Malaysiapost