Nurul Huda Abhar
SEBANYAK 660 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari tadi dengan empat kematian direkodkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan kes positif tersebut, 658 adalah penularan tempatan manakala dua lagi kes import melibatkan bukan warganegara.
“Kes positif Covid-19 di Sabah menyumbang jumlah tertinggi secara keseluruhan iaitu 443 kes hasil saringan besar-besaran dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Selangor pula mencatatkan 76 kes, Kedah 60 kes dari Penjara Pokok Sena, Perak 16 kes dari Tahanan Taiping dan lain-lain negeri,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini adalah 163.
“Kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi sebanyak 101 kes dan yang memerlukan bantuan alat pernafasan adalah sebanyak 32 kes,” katanya. – Malaysiapost

