Misi Shahidan gerakkan perpaduan ummah ke seluruh negara

0
2

DATUK Seri Shahidan Kassim menetapkan misi menggerakkan perpaduan ummah di seluruh negara.

Bagi menjayakan hasrat tersebut, calon Perikatan Nasional (PN) itu berkata beliau perlu menang kerusi Parlimen Arau yang ditandinginya terlebih dahulu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Misi saya yang besar ialah menggerakkan perpaduan ummah di seluruh negara. Saya berharap dengan kemenangan di Arau, kita boleh menggerakkan usaha tersebut.

“Ini penting bagi semua penduduk di negara ini untuk menjamin kestabilan politik yang lebih mantap di masa akan datang.

“Perpaduan ummah ialah gerakan bersama, Shahidan dan Arau berpisah tiada,” katanya menerusi video yang dimuatnaik di Facebooknya.

Shahidan sebelum ini digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Arau yang disandangnya pada PRU15 kali ini.

Beliau kemudian nekad bertanding di kerusi tersebut menggunakan logo PN.

Shahidan yang merupakan penyandang kerusi selama empat penggal atas kapasiti BN akan ditentang Datuk Rozabil Abdul Rahman (BN) dan Fathin Amelina Fazlie dari Pakatan Harapan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here