PRU15: Pejuang dengar suara rakyat – Dr M

0
1
mahathir mohamad pejuang

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberi jaminan akan mendengar dan mengambil berat setiap pandangan rakyat serta menjadikan ia suara kerajaan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pejuang menerusi Gerakan Tanah Air (GTA) adalah konsep baharu untuk memberi peluang kepada semua rakyat menyuara pendapat mereka.

Menurutnya, parti politik apabila menjadi kerajaan tidak mengambil berat perjuangan rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk kesejahteraan negara.

“Siapa sahaja, sama ada orang perseorangan atau NGO atau apa-apa organisasi rakyat boleh guna Pejuang untuk menyuara pendapat mereka, bahkan sebagai rakyat biasa menyertai Pejuang.

“Jika Pejuang jadi kerajaan, suara rakyat akan jadi suara kerajaan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja GTA meminta rakyat mengundi Pejuang pada PRU15 demi berjuang bersama parti itu membela rakyat.

Pada PRU15, Pejuang bertanding dengan menggunakan lambang GTA berikutan ia masih belum didaftar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here