Anwar yang mula burukkan orang Melayu, dakwa Tun M 

0
2

PENGERUSI Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin paling awal memburukkan orang Melayu. 

Dakwa bekas Perdana Menteri dua kali itu, Anwar mula bertindak demikian selepas dikeluarkan daripada Umno dan cuba menubuhkan parti Melayu, namun ditolak. 

“Oleh itu, dia (Anwar) tubuh PKR dengan orang bukan Melayu dan tuduh orang Melayu rasis. 

“Ini cara dia mahu dapat sokongan orang Cina dan India,” katanya pada Majlis Perjumpaan Negarawan di Kampung Pandan, malam tadi. 

Dr Mahathir mengulas punca Presiden Pakatan Harapan (PH) yang sehingga kini masih gagal menjadi Perdana Menteri. 

Menurut Dr Mahathir, ketika beliau menjadi Perdana Menteri nasib orang bukan Melayu tetap terbela, bukan seperti dakwaan Anwar. 

“Apabila Melayu bercakap mengenai nasib orang Melayu, kita dituduh rasis yang hanya penting nasib Melayu. 

“Ini tidak benar, buktinya orang bukan Melayu pun dapat (manfaat) dari kerajaan,” katanya. 

Sementara itu, Dr Mahathir menyatakan beliau tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana pemimpin ahli politik. 

Calon kerusi Parlimen Langkawi itu memberi contoh keputusannya melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun menyedari Abdullah tidak menyokongnya dalam jawatan Presiden Umno sebelum itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here