‘Tanya KJ sendiri apa maksud nak bersihkan Umno’ – Zahid 

0
1

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Khairy Jamaluddin menjelaskan sendiri berhubung hasrat beliau mahu membersihkan Umno. 

Mengakui tiada masalah dengan Khairy, Presiden Umno itu menegaskan tidak mengetahui kenyataan calon kerusi Parlimen Sungai Buloh itu merujuk kepada siapa. 

“Tanya dialah apa maksud dia (dengan hasrat untuk membersihkan Umno). Saya tak tahu. 

“Kalau (hubungan saya dengan Khairy) tak okay…takkanlah saya bagi dia jadi calon (Sungai Buloh),” katanya. 

Khairy sebelum ini secara terbuka mengakui tidak menggemari segelintir pemimpin Umno dan mahu membersihkan parti itu jika memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh yang dianggap sebagai kubu kuat PKR. 

Menteri Kesihatan itu mahu membawa perubahan kepada negeri, Umno dan BN supaya orang Melayu mempunyai wadah politik yang boleh dianggarkan serta terbesar di Malaysia. 

Ditanya mengenai pengundian awal, Ahmad Zahid yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk merayu pengundi awal yang mengalami penderitaan pada PRU14, kembali menolong calon BN. 

“Saya memohon kepada semua pengundi awal yang mengalami penderitaan pada PRU14 lalu agar rata-rata kembali menyokong calon BN. 

“Kerana selama 22 bulan (di bawah pemerintahan Pakatan Harapan) dan diikuti dengan 17 bulan (di bawah Perikatan Nasional) mereka tidak memperoleh apa dijanjikan dan mereka mengalami kerajaan gagal,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here