Kestabilan, kemakmuran negara dapat dicapai jika BN menang – Zahid

0
3

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi komitmennya tidak meminggir semua bangsa dan agama jika Barisan Nasional (BN) dipilih sekali lagi pada pilihan raya kali ini.

Malah, Pengerusi BN itu berkata, kestabilan dan kemakmuran akan dapat dicapai di negara ini sekiranya sokongan besar diberikan kepada BN untuk menerajui negara kembali.

“Insya-Allah kestabilan dan kemakmuran akan dapat dicapai jika sokongan besar dapat diberikan kepada BN untuk menerajui negara kembali.

“BN menang rakyat senang!,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Jelas Presiden Umno itu, beliau turut hormat kepercayaan kaum lain kerana Islam mengajar umatnya supaya menghormati pegangan dan budaya mereka tanpa menggadaikan prinsip akidah.

“Komitmen saya kepada semua bangsa dan agama akan diteruskan jika dipilih sekali lagi kali ini,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai tarikh pengundian PRU15. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here