PRU15: Yana sampaikan 2 pesanan Najib

0
2
https://www.facebook.com/photo?fbid=117835384458754&set=pcb.117835591125400

NOORYANA Najwa Najib, anak perempuan bekas Datuk Seri Najib Razak, menyampaikan dua pesanan bekas Perdana Menteri itu kepada ahli Umno serta rakyat menjelang PRU15.

Menerusi siaran langsung di Facebook milik Najib hari ini, Nooryana berkata setiap kali berpeluang bertemu Najib di penjara, bapanya berkongsi sedikit pandangannya.

Menurut Nooryana, ketika ini dua perkara dikongsikan bapanya.

“Pertama BN yang ada hari ini dianggotai ahli-ahli yang ikhlas dan setia kepada parti.

“BN pernah melalui bebeerapa cabaran dan ada yang pernah memilih meninggalkan parti demi keselesaan dan kehendak peribadi. Kita ada pengalaman ini, kini kita kembali lebih kuat.

“Tetapi BN ini milik rakyat, BN perjuangkan rakyat, kita akan tetap kukuh dan mara dengan akar umbi yang ikhlas dan setia dengan perjuangan rakyat,” kongsi Nooryana.

Perkara kedua, kata Yana, Najib menyatakan bahawa BN perlu terus fokus terhadap rekod parti itu dan jaminan bahawa ia bukan sahaja parti yang mengutamakan kebajikan rakyat, malah berwibawa dalam perancangan pembangunan negara.

“Kita lihat sejak PRU14, negara-negara jiran jadi destinasi pelaburan, mereka sedang melalui fasa pembangunan yang pesat, seperti kita rasai sebelum PRU14.

“Dunia juga sedang menghadapi kemelesetan ekonomi dan impak besar bakal dihadapi jika kita tidak bersiap sedia dengan pengurusan ekonomi yang rapi,” katanya lagi.

Sementara itu Nooryana memaklumkan, Najib kini berada dalam kesihatan yang baik.

“Walaupun DSN (Najib) masih dalam peroses memperjuangkan keadilan dan kebenaran sepenuhnya, DSN sebenarnya lebih prihatin tentang perkembangan parti dan rancangan pembangunan negara,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Yana Najib

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here