PN perlu menang di Pulau Pinang untuk bentuk kerajaan – Abdul Hadi

0
2

PAS meletakkan harapan tinggi supaya semua calon Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang menang sekali gus membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata kemenangan itu tidak mustahil berikutan gelombang dan kebangkitan rakyat terhadap PN semakin jelas.

Timbalan Pengerusi PN itu berkata, dalam usaha membentuk kerajaan, gabungan itu perlu memperoleh majoriti dua pertiga dan menang di Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Tasek Gelugor, Kepala Batas dan Balik Pulau.

“Seboleh-bolehnya kita (PN) kena dapat majoriti dua pertiga, maka semua kawasan yang kita bertanding di Pulau Pinang mesti dimenangkan.

“Pada 20 November ini, kita tubuh kerajaan, dengan izin Allah SWT,” katanya ketika menyampaikan Ceramah Perdana di Kubang Semang, malam tadi.

Abdul Hadi mengulangi keyakinan PN dalam usaha menawan Perlis dan Pahang yang mana gelombang baharu sokongan rakyat di kedua-dua negeri amat tinggi selepas meletakkan bekas pemimpin Umno yang digugurkan.

“Kita dapati apabila kita buat begini (ambil dua bekas pemimpin Umno) ada gelombang di Perlis dan Pahang.

“Jadi, kita harap dapat tawan kedua-dua negeri itu dalam PRU15 kali ini,” katanya.- Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Abdul Hadi Awang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here