BN boleh kekal berkuasa jika Najib tak tanding PRU14, dakwa Saravanan

0
2
Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan tiba di Bangunan UMNO bagi mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional malam ini.

BARISAN Nasional (BN) mungkin akan kekal berkuasa jika Datuk Seri Najib Razak tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), dakwa Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Menurutnya, masalah berkaitan imej Najib menjadi faktor penyumbang peralihan sokongan pengundi India terhadap BN.

“Jika beliau mengumumkan tidak bertanding, saya rasa mungkin BN akan kekal berkuasa.

“Tetapi kedudukan Najib, 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan dan banyak isu lain dimainkan oleh pembangkang, jadi orang India beralih,” katanya lapor FMT.

Saravanan mendakwa, ia diburukkan lagi dengan Pakatan Harapan (PH) yang membuat banyak ‘janji kosong’ seperti menyelesaikan isu kad pengenalan merah dalam kalangan kaum India Malaysia.

“Pemimpin PH berkata terdapat banyak ‘sampah’ yang perlu dibersihkan tetapi sampah itu dicipta oleh Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Perdana menteri yang sama yang berada di sana selama 22 tahun dan mereka membawanya kembali semula, dia sepatutnya membersihkan (sampah) dalam masa sehari. Jadi kaum India rasa tertipu selepas itu,” katanya.

Bagaimanapun, Saravanan berkata, sokongan kaum India telah kembali memihak kepada BN semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Kita yakin pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan pembangkang menghadapi nasib yang sama, dengan lebih banyak sokongan berbalik kepada BN,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here