Tersasul ketika berucap, Muhyiddin tak ‘fit’ jadi PM – Puad Zarkashi 

0
2

AHLI Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta Bangsa Johor supaya ‘bersarakan’ Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. 

Menurutnya, Penyandang kerusi Parlimen Pagoh yang juga Presiden Bersatu itu sudah tidak lagi ‘fit’ untuk menjadi Perdana Menteri. 

“Viral video ucapan Muhyiddin ‘kita tidak boleh percaya sekali lagi Perikatan Nasional (PN)’. Apakah Muhyiddin tersasul?. 

“Mana boleh tersasul. Presiden PN tidak percaya PN. Bakal Perdana Menteri tidak boleh tersasul bila berucap,”katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini. 

Mohd Puad turut menyoal kepada Bangsa Johor apa yang perlu dilakukan sekiranya Muhyiddin tidak ‘fit’ untuk menjadi Perdana Menteri. 

“Macam mana mahu perihatin Bangsa Johor”? Oleh kerana abah kau (Muhyiddin) tidak mahu bersara, elok rakyat bersarakan beliau,”katanya. 

Sebelum ini, kenyataan Muhyiddin supaya pengundi tidak percaya PN tular di media sosial. 

Pengerusi PN itu dipercayai tersasul ketika menyampaikan ceramah parti itu bagi kempen PRU15. 

Video yang tular di media sosial itu mempunyai pelbagai versi disunting warga net mengikut kreativiti masing-masing. 

Kenyataan “jangan percaya PN” itu dipercayai merujuk kepada Barisan Nasional (BN) kerana dalam ceramah itu Muhyiddin dipercayai memetik keputusan kes mahkamah salah seorang pemimpin Umno. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here