Janji pengeluaran ‘one off’ KWSP, PN perlu jujur pikat pengundi – Zahid

0
1

BARISAN Nasional (BN) menyelar Perikatan Nasional (PN) yang didakwa tidak jujur dengan memperalat wang simpanan rakyat sebagai modal untuk memikat pengundi.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya BN tampil dengan tawaran yang jauh lebih rasional serta berkesan untuk membantu rakyat.

“Ada yang bertanya mengapa BN tidak seperti PN tawarkan satu lagi pengeluaran KWSP untuk pancing undi?

“Bagi BN sangat tidak jujur memperalat wang simpanan rakyat sebagai modal dan perkakas untuk memikat undi.

“Jika ada keperluan untuk satu lagi pengeluaran KWSP pada masa depan perlulah atas sebab yang jujur,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid mengakui bahawa BN pernah mendesak rakyat dibenar mengeluarkan wang KWSP sebelum ini, namun ia pada waktu mendesak.

Beliau berkata, tindakan itu ketika rakyat hilang pekerjaan dan sumber pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang paling lama oleh kerajaan PN.

“BN tidak tergamak memancing undi rakyat dengan memperalatkan wang mereka sendiri,”katanya.

Menurut Ahmad Zahid, BN menerusi menerusi Pelan Amal dan Usaha (PADU) menawarkan skim bantuan pendapatan asas yang bersifat jangka masa panjang berbanding satu lagi pengeluaran ‘one off’ KWSP.

Katanya, menerusi skim itu kerajaan BN akan mengkreditkan kepada isi rumah yang pendapatan bawah RM2,208, sekali gus kemiskinan mutlak akan tinggal sejarah selepas PRU15.

“Skim bantuan pendapatan asas itu suatu langkah yang menyeluruh dan strategik untuk membasmi kemiskinan mutlak selain bersifat kesejahteraan berpanjangan,”katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here