CALON Barisan Nasional (BN) Parlimen Pagoh, Datuk Seri Razali Ibrahim menerima sokongan moral dari lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, hari ini.
Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu mengakui terharu menerima kunjungan dari Chong Wei yang sanggup datang ke Pagoh untuk bertemu dengannya.
“Terharu saya menerima kunjungan kawan baik saya di Pagoh. Terima kasih Datuk Lee Chong Wei kerana sudi datang dan memberi sokongan moral kepada kami di sini. Semoga Datuk sihat dan terus menyumbang kepada Sukan Negara,” katanya.
Sementara itu, Chong Wei berkata mereka saling mengenali dalam tempoh yang cukup lama dan mengakui Razali seorang individu yang menjaga kebajikan para atlet.
“Saya kenal cukup lama sebelum itu dia menjadi Timbalan Menteri lagi, mungkin 12 tahun. Memang kita jadi macam kawan baik dah macam famili saya. Dia yang jaga semua orang,” katanya.- Malaysiapost

