Muhyiddin tersasul ‘jangan percaya lagi PN’ tular di media sosial

0
2

KENYATAAN Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pengundi tidak percaya Perikatan Nasional (PN) tular di media sosial hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dipercayai tersasul ketika menyampaikan ceramah parti itu bagi kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Video yang tular di media sosial itu mempunyai pelbagai versi disunting warga net mengikut kreativiti masing-masing.

Kenyataan “jangan percaya PN” itu dipercayai merujuk kepada BN kerana dalam ceramah itu Muhyiddin dipercayai memetik keputusan kes mahkamah salah seorang pemimpin Umno.

“Masuk jel (penjara) 12 tahun, denda RM210 juta, wah…macam mana mahu bayar. Tapi dia sudah curi wang banyak.

“Oleh sebab itu kita tidak boleh percaya sekali lagi Perikatan Nasional,” katanya dalam video berkenaan yang kini tular.

PN ditubuhkan Muhyiddin selepas Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan menubuhkan kerajaan bersama BN, PAS dan GPS.

PN dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan dipengerusikan Muhyiddin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang timbalan pengerusi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here