Calon PH Kluang akui kesilapan iklan ‘Berat Sama Dipukul, Ringan Sama Dijinjing’

0
2

CALON Pakatan Harapan (PH) Parlimen Kluang, Wong Shu Qi mengakui kesilapan pada papan iklan yang tertulis ‘Berat Sama Dipukul, Ringan Sama Dijinjing’.

Beliau yang juga penyandang kerusi berkenaan berkata iklan itu telah diturunkan selepas pihaknya menyedari kesilapan itu semalam, iaitu dua jam selepas ia dipasang,

“Kami mengakui kesilapan ini dan ianya adalah kesilapan dalam menaip perkataan tersebut (typo). Dalam papan iklan tersebut, kami ingin mempamerkan kepada orang awam tentang usaha-usaha yang telah kami jalankan.

“Terima kasih kepada pihak yang telah menegur kesilapan ini maka kami boleh membuat pembetulan segera. Kami juga berharap orang awam dapat melihat usaha-usaha yang telah dijalankan berbanding kesilapan yang telah berlaku,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang memaklumkan mengenai kesilapan itu dan pihaknya akan terus memperbaiki segala kekurangan.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here