Tun M salahkan PN, Ismail Sabri punca 16 stesen LRT ditutup sementara

0
2
Tun Dr Mahathir Mohamed

TUN Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ismail Sabri sebagai punca 16 stesen transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya ditutup selama seminggu.

Bekas Perdana Menteri itu menerusi hantaran di Facebook juga secara sinis menyindir perkhidmatan Rapid KL sebagai indah khabar dari rupa akibat masalah yang dihadapi pengangkutan awam berkenaan ketika ini.

“Nama cukup cantik, Rapid KL atau Cepat KL. Tetapi, bukan sahaja tidak cepat, tidak jalan pun. 16 stesen tertutup. Pelanggan tidak dapat pergi kerja. Tidak dapat buat apa pun.

“Inilah Kerajaan PN yang diterajui oleh Ismail Sabri dari BN. Mudah janji tetapi tidak mudah tunai janji. Bukan sahaja dengan Rapid KL, tetapi juga dengan ekonomi, politik dan sosial.

“Belanja berbillion, curi pun berbillion duit rakyat. Tetapi keretapi tidak jalan. Cara rakyat perbaiki masalah satu sahaja. Tolak PN dan BN dalam PRU 15. Jangan lagi pilih gabungan ini sebagai kerajaan,” katanya.

Bermula 9 November lalu, sebanyak 16 stesen LRT Laluan Kelana Jaya ditutup selama tujuh hari sehingga Selasa depan.

Gangguan perkhidmatan LRT itu melibatkan stesen Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Abdullah Hukum, Bangsar, KL Sentral, Pasar Seni Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC, dan Ampang Park.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here