Dakwa tentera dibayar RM300, Anwar akan serah bukti pada SPR

0
2

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan memberi maklumat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk bukti mengenai dakwaannya berhubung isu pengundian awal membabitkan anggota tentera di Bera.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) telah membuat kenyataan secara terbuka mengenai perkara tersebut dan SPR telah memintanya untuk menyampaikan maklumat.

“Saya dah jawab kenyataan terbuka dan SPR telah minta saya bagi maklumat, saya akan sampaikan kepada SPR kerana saudara tahu sepertimana yang tertera ialah kertas undi dan wang RM300, (isu itu) harus disiasat, jadi itu yang kita minta(SPR laksanakan),” katanya dalam satu siding media di Kuching, Sarawak hari ini.

Kenyataan tersebut bagi menjawab soalan berkenaan bukti miliknya berkaitan dakwaan pengundian awal anggota tentera di Bera, Pahang dan pemberian wang sogokan sebanyak RM300.

Calon PH parlimen Tambun itu turut menegaskan agar segera menghentikan tindakan memohon sokongan daripada anggota keselamatan negara.

“Secara spesifik yang saya bangkitkan, saya sudah beritahu saya ada bukti, saya minta supaya ia (tindakan) dihentikan cara meminta pengundian termasuk satu bukti yang jelas dengan wang RM300 disisipkan, itu saudara jangan bimbang, itu antara saya dan SPR,” katanya.

Semalam, Anwar ada anggota tentera khususnya dalam kawasan parlimen Bera sudah mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau turut mendakwa anggota tentera terbabit dibayar RM300 untuk berbuat demikian.

Dakwaan Anwar itu turut mendapat reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Susulan itu, Perdana Menteri berkata dakwaan Presiden PKR itu bersifat fitnah dan merendahkan martabat anggota keselamatan.

Katanya, Anwar perlu sedar dakwaan itu bersifat jahat dan perlu memohon maaf kepada semua anggota tentera. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here