Dua lelaki ditahan kasari wartawan

0
2
Polis Di Raja Malaysia

DUA lelaki ditahan polis kerana disyaki mengugut dan melakukan kekasaran terhadap sekumpulan wartawan yang sedang membuat liputan untuk calon sebuah parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 7 petang semalam.

Katanya, dua lelaki yang dipercayai dalam keadaan mabuk di sebuah restoran di Seremban Jaya, Seremban, mengugut mereka agar tidak membuat liputan di lokasi kejadian.

Menurut beliau, salah seorang daripada wartawan terbabit telah ditolak, dibaling gelas, botol arak dan kasut.

“Bertindak atas laporan yang diterima pada 11 November 2022, lebih kurang pukul 11.50 malam, tangkapan telah dibuat oleh polis ke atas kedua-dua suspek yang berada di Taman Seremban Selatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, suspek-suspek boleh dihukum penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini,

Ahmad Dzaffir berkata, polis menyeru masyarakat agar memberi kerjasama kepada wakil-wakil parti yang berkempen serta media yang membuat liputan bagi memastikan suasana PRU15 berjalan lancar dan dalam keadaan harmoni.

Tambah beliau, tindakan tegas dan tanpa kompromi akan diambil ke atas mereka yang sengaja mengganggu keamanan dan ketenteraman awam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here