KISAH seorang lelaki tular di media sosial selepas memilih pasangan yang juga ibu tunggal anak lima menjadi suri hati biarpun berbeza usia 23 tahun.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok @geemie8599, dia berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan isterinya 43 tahun.
Menurutnya, dia berkenalan dengan isterinya di laman Facebook dan usia perkahwinan mereka kini sudah mencecah empat tahun.
“Kenal di Facebook Mei, bulan Ogos terus kahwin. Pakej anak lima. Alhamdulillah, dah empat tahun berumah tangga,” kongsi dalam ruangan komen.

Katanya, niatnya memperisterikan wanita itu kerana status ibu tunggal selain mahu menolong wanita berkenaan.
“Tegur-tegur macam tu saja dan bila tahu dia dalam kesulitan dengan suami meninggal dunia dan anak masih belajar, saya ajak kahwin. Nak tolong,” katanya.
Menurutnya, pada awamnya dia berasa sedikit kekok kerana usia anak tirinya sebaya dengannya.
“Pada mulanya kekok juga sebab anak sulung saya. Tapi Alhamdulillah mereka semua hormat saya walaupun muda. Sebagai bapa saya menjalani tanggungjawab saya sepenuhnya.
“Doakan kami bahagia hingga ke jannah,” katanya. – Malaysiapost

