NAFAS anjur Karnival Jualan Keluarga Peladang di Bera

0
1

PERTUBUHAN Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan Karnival Jualan Keluarga Peladang di Dataran Kerayong, Bera, Pahang, hari ini.

Program berkenaan merupakan pengisian bersama ‘Karnival KeluargaMalaysia: Anak Muda Gegor Bera’ bagi mengeratkan hubungan NAFAS dengan ahli Peladang serta masyarakat setempat.

Jurucakap proram berkata, karnival itu  diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 1 tengah hari, dengan penganjuran pelbagai pameran dan jualan.

“Ia membabitkan penglibatan bersama jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan antaranya Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), 

“Selain Agrobank dan penglibatan sama Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) seta Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bera,” katanya.

Selain itu, katanya, NAFAS juga akan menyediakan reruai pameran serta jualan input pertanian dengan potongan harga yang menarik. 

“Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai maklumat secara terperinci mengenai pelbagai maklumat, bantuan serta pelaburan yang boleh disertai sekiranya menjadi ahli peladang.

“Selain itu, turut akan diadakan jualan produk jenama Peladang yang berasaskan makanan antaranya ayam, beras, minyak masak serta input pertanian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengunjung juga boleh mendapatkan ayam bulat pada harga istimewa serendah RM8 bagi seekor ayam bulat pada waktu ‘Happy Hour’. 

“Ia Terhad kepada 500 ekor sahaja. Selain itu, pada waktu biasa, seekor ayam akan dijual pada harga RM10 terhad bagi 1,000 ekor sahaja,” katanya.

Dalam karnival sama, NEKMAT juga akan menjual produk ikan segar beku Q-fish dengan tawaran harga menarik.

“Malah, pengunjung juga berpeluang membeli barangan menerusi jualan terus daripada ladang oleh FAMA. Selain itu, Agrobank juga akan membuka kaunter perkhidmatan kepada pelanggan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, pelbagai program menarik bakal berlangsung dalam Karnival KeluargaMalaysia: Anak Muda Gegor Bera, antaranya Santai eGames, Karnival Kerjaya dan pemeriksaan kesihatan secara percuma bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Konsert dibarisi artis terkenal pula akan berlangsung dari pukul 8.30 malam sehingga 11 malam.

Karnival yang berlangsung di Dewan Konvensyen Bera, dijangka dihadiri lebih 3,000 warga tempatan bakal dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here