PRU15: Amanah pertaruh 6 kerusi di Selangor, PAS belum muktamad calon

0
3

PARTI Amanah Negara (Amanah) Selangor dijangka bertanding enam kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berbanding lima pada PRU sebelum ini.

Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim, berkata enam kerusi berkenaan adalah Shah Alam, Kota Raja, Kuala Selangor, Sepang, Hulu Langat dan Sabak Bernam.

Beliau berkata, Amanah juga dijangka menampilkan muka baharu kali ini, namun senarai calon belum dimuktamadkan.

“Belum lagi (muktamad calon), ada muka baharu, tunggu ya,” katanya dipetik Berita Harian.

Pada PRU14, Amanah bertanding lima kerusi Parlimen iaitu Shah Alam, Kota Raja, Kuala Selangor, Sepang, Hulu Langat dan memenangi kelima-lima kerusi itu.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan bertanding dan meletakkan calon melebihi kerusi ditandingi pada PRU-14 lalu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi pula berkata, calon bagi kerusi PAS Selangor akan diputuskan oleh PAS Pusat.

Beliau berkata, setakat ini senarai calon yang bakal bertanding masih belum dimuktamadkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here