Tarikh PRU15 terjawab esok

0
1
pru mpost banner

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok, sekali gus menjawab teka-teki orang ramai selama seminggu ini.

Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh selaku Pengerusi SPR.

Ia akan diadakan di Ibu Pejabat SPR Putrajaya dan media dijemput hadir bagi sidang media khas pada jam 12 tengah hari.

Pada 10 Oktober lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong bagi memberi laluan kepada PRU15. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here