Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia

0
2

BAPA pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail, 71, meninggal dunia di Hospital Serdang, jam 2.30 petang semalam.

Bapa pengacara program Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan itu meninggal dunia komplikasi jantung.

Difahamkan, arwah dimasukkan ke Hospital Serdang sejak seminggu lalu untuk rawatan.

Radio Era menerusi satu hantaran Instagram (IG) malam tadi memaklumkan arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Garam, Mambau, Negeri Sembilan, selepas Isyak.

“Alhamdulillah selesai urusan pengebumian ayah Nabil sebentar tadi. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Sementara itu, pengacara dan pelakon, Elly Mazlein menzahirkan ucapan takziah kepada rakan hosnya GV9 itu menerusi hantaran Instagramnya.

“Salam takziah buat Nabil dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Stay strong Nabil dan keluarga,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here