Nazir mengalu-alukan surat terbuka Halim isu Renong Bhd, UEM

0
2
nazir razak halim saad

BEKAS Pengerusi kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mengalu-alukan surat terbuka Tan Sri Halim Saad yang diutuskan kepada beliau berhubung dakwaan yang ditulis dalam memoirnya, bertajuk “What’s in a Name”.

Halim dalam suratnya yang diterbitkan semalam berusaha untuk menjawab dakwaan Nazir, yang antara lain membayangkan bahawa pembeliannya terhadap Renong Bhd dan UEM dibiayai oleh Umno.

Menerusi jawapannya kepada Nazir, Halim telah memberikan keterangan terperinci mengenai apa yang berlaku dan menjelaskan beliau mempunyai dokumen untuk menyokong kenyataannya itu.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Halim mempertikai sindiran Nazir bahawa beliau tidak mampu dari segi kewangan untuk melengkapkan opsyen jual bagi saham UEM pada tahun 2001.

Selain itu, katanya, rujukan Nazir kepada penstrukturan semula Renong disifatkan sebagai ‘penyelamat’.

“Saya mengalu-alukan pandangan tambahannya serta ingatan dan pandangan yang berbeza tentang beberapa episod dan isu yang melibatkan beliau dan Kumpulan Renong.

“Ini sudah pasti akan memperkaya wacana ekonomi politik kita dan pengajaran untuk generasi akan datang,” kata Nazir.

Terdahulu, Halim menerusi surat terbuka menjawab dakwaan adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menerusi buku memoir berjudul “What’s in a name”. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here