Tun M yakin Umno menang PRU15

0
1

TUN Dr Mahathir Mohamad yakin Umno akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), selain meramal parti itu akan berdepan krisis dalaman.

Bekas Perdana Menteri itu ketika bercakap kepada Nikkei, memberitahu ia kerana Umno tidak mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal menerajui negara.

“Akan ada (krisis) kerana saya pasti mereka tidak mahu Perdana Menteri sekarang berterusan,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno dilihat tidak senada dengan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai keperluan membubar Parlimen bagi memberi laluan untuk mengadakan PRU-15, tahun ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir meramalkan Ismail Sabri tidak akan dilantik semula bagi menerajui kerajaan dan kemungkinan diganti dengan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjawat jawatan berkenaan.

“Beliau (Mohamad) paling kurang tidak terbabit dengan jenayah,” katanya yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Dr Mahathir berkata, Umno berpeluang untuk menang pada PRU15 kerana mempunyai ‘banyak wang’.

Sementara itu, beliau ketika ditemu bual agensi antarabangsa, berkata kebanyakan pengundi Melayu sudah kembali menyokong Umno.

Beliau mendakwa, ini berikutan pengundi sudah ditawarkan wang dan insentif lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here