‘Gagal tarik pelabur asing, bukti Muhyiddin PM gagal’ – Puad

0
3

KEGAGALAN besar Tan Sri Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri adalah membawa pelabur asing ke Malaysia, kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata, perkara itu terbukti apabila lawatan Muhyiddin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Mac 2020 tidak ‘membuahkan hasil’.

“Dia (Muhyiddin) ke UAE pada Mac 2021. Kononnya UAE akan melabur tanpa limit. ‘The sky is the limit’. Bangga sekali sembang Muhyiddin kepada media Malaysia.

“Rupanya kosong. Sebaliknya Kerajaan Abu Dhabi melabur sebanyak RM270 bilion ke Indonesia dari 2020-2021. Muhyiddin malukan Malaysia,” katanya menerusi Facebook.

Mohd Puad mendakwa, situasi itu berlaku kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyaman Kerajaan Abu Dhabi di London dan membatalkan perjanjian penyelesaian 1MDB dengan syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) milik kerajaan Abu Dhabi.

“Tujuannya untuk wujud persepsi duit 1MDB hilang dan dicuri oleh (Datuk Seri) Najib (Razak). Sedangkan IPIC milik Abu Dhabi sanggup bayar balik.

“Bukan sahaja saman, tetapi (bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM) Latheefa Koya dedahkan rakaman perbualan telefon peribadi Najib dengan Putera Mahkota Abu Dhabi. Tujuannya untuk memalukan Najib.

“Setelah rosakkan hubungan dua hala tiba tiba terhegeh-hegeh kejar pelaburan ‘The sky is the limit’ dari UAE. Kosonglah jawabnya. Itulah bukti Muhyiddin PM gagal,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here