Pemerdagangan manusia: PM jamin ambil tindakan agresif, selamatkan rakyat Malaysia

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu pemerdagangan manusia melibatkan rakyat Malaysia.

Ismail Sabri berkata, beliau menerima beberapa video menerusi laman media sosial TikTok mengenai aduan berkenaan kes berkenaan dan telah menghantar video tersebut kepada Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani untuk tindakan lanjut.

“Suka saya maklumkan bahawa kerajaan serius untuk menyelesaikan isu ini. Perkara ini telah dibincangkan di dalam mesyuarat kabinet bulan lepas.

“Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri telah diarahkan mengambil tindakan segera dan lebih agresif.

“Saya beri jaminan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu ini dan tidak akan membiarkan rakyat kita tanpa pembelaan,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memuat naik tangkap layar video TikTok Setiausaha Agung Pertubuhan Kemasyarakatan Antarabangsa Malaysia, Datuk Hishamuddin Hashim, yang merayu kerajaan mengambil tindakan segera berhubung perkara berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here