Chegu Bard dedah Anwar juga dapat banyak keistimewaan ketika dipenjara

0
2

PEMIMPIN Bersatu Johor, Badrul Hisham Shaharin mendedahkan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat banyak keistimewaan ketika bergelar banduan dan menjalani hukuman penjara sebelum ini.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard, mendakwa sangat mengetahui perkara itu kerana menjadi ‘anak burung utusan’ sebagai perantara memohon keistimewaan itu atas nama ‘kebajikan dalam tahanan’.

Menurutnya, beliau yang bertemu dengan pihak Datuk Seri Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri ketika itu bagi mewakili keluarga Anwar.

“Tahu sangat sebab diri inilah jadi anak burung utusan perantara memohon itu ini atas nama ‘kebajikan dalam tahanan’… diri ini lah yang mengadap pihak Najib ketika itu wakil keluarga kamu. (Yang lepas itu difitnah makan dedak Najib tapi jahanam punya Anwar bisu),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau mengulas mengenai mesej yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp mengenai keistimewaan diterima Najib yang juga bekas Perdana Menteri ketika menjalani hukuman penjara.

Menurutnya, mesej berkenaan seolah-olah laporan dalaman awalan agensi atau pihak berkuasa mengenai Najib yang menggunakan kod nama ‘Merpati’.

“Sepintas lalu di baca, saya boleh nyatakan ia 65 peratus benar dan selebihnya ditokok tambah. Bagi yang pernah membaca laporan awalan dalaman agensi keselamatan pasti tergelak membaca mesej yang sengaja dibuat dan disebar itu.

“Kerana pihak yang buat dan sebar melalui simkad hantu tentu memancing sesiapa untuk komen bagi menjadikan mesej ciptaannya masuk dalam media,” katanya.

Badrul Hisham berkata, seperti sudah dijangka Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang dikenali sebagai watak gelojoh dan ketagih menjadi ‘hero’ telah memberikan kenyataan mengenainya.

“Tak pasti sama ada dia main sapu sahaja apa melintas atau dia sendiri buat dan sebar…lepas tak ada orang ‘pick up’ maka dia pick up sendiri.

“Jelas yang buat mesej tersebut niatnya nak burukkan imej pemimpin atau kabinet kerana beri keistimewaan terhadap si kleptokrat,” katanya.

Beliau mengingatkan Rafizi bahawa Anwar juga pernah bergelar banduan dan ketika di penjara beliau mendapat banyak keistimewaan.

“Dari saat masuk Anwar tak botak seperti banduan lain..dia boleh pakai pakaian dia sendiri, bilik pengasingan istimewa dengan kemudahan, kebanyakan masa duduk di klinik penjara bukan di sel.

“Malah Anwar ada jadual yang sudah ditetap awal keluar masuk wad.. termasuk awal puasa, raya, hari jadi, hari jadi keluarga dan pelbagai hari yang dia pilih…Masa Anwar dipenjara sebab liwat Saiful codename dia ‘Pak Mat’,” katanya.

Badrul Hisham menegaskan hantaran yang dibuatnya bukan untuk membela Najib, namun bagi mengingatkan Rafizi jika beliau tidak mengetahuinya.

“Banyak benda tak terluah saja.. posting ni bukan bela Najib.. Najib memang layak dipenjara kerana kesalahannya.. tetapi posting ini nak bagi ingat Rafizi (kalau dia lupa) atau nak bagi tahu (kalau dia tak tahu),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here