Rawatan Najib: Politik kebencian, hasutan hilangkan sifat kemanusian PH

0
1
Datuk Razlan Rafii

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Razlan Rafii menyelar tindakan pemimpin pembangkang yang berterusan mempersoalkan rawatan yang diterima Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara.

Mohd Razlan mendakwa politik kebencian dan hasutan menghilangkan sifat kemanusian di kalangan pemimpin Pakatan Hrapan (PH) yang mempersoalkan rawatan diterima bekas Perdana Menteri itu.

“Semenjak minggu lepas, seorang demi seorang Pemimpin PH mempersoalkan rawatan yang di terima oleh Bekas Perdana Menteri semasa menjalani hukuman Penjara.

“Orang tua seperti Lim Kit Siang juga memainkan peranan untuk meletakan hasutan kononya bekas Perdana Menteri itu diberi layanan istimewa.

“Mereka hilang rasa kemanusian, Najib sedang menjalani hukuman penjara, bukan setahun tapi 12 tahun, apakah mereka tidak cukup melihat penderitaan sebagai seorang manusia? Mungkinkah mereka mahu Najib sudah mati baru mereka puas hati!,” soalnya menerusi hantaran Facebook.

Menurut Mohd Razlan, sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara pelbagai juga hasutan dimainkan sehingga mereka menuduh Presiden PKR itu diracun untuk membunuhnya.

“Namun apa yang Anwar perolehi adalah lebih dari layanan banduan biasa, Anwar diberikan rawatan terbaik sehingga mendapat rawatan pakar Jerman. Adakah ini yang dituduh layanan VViP?,” katanya.

Tegas Mohd Razlan, pemimpin PH sepatutnya bersama kerajaan memperjuangkan sistem penjara negara yang didakwa usang dan tidak menepati konvensyen antarabangsa.

“(Malah), di negara maju, setiap banduan mempunyai hak untuk mendapat rawatan sebagai seorang manusia.

“Sikap hipokrasi, dendam kesumat, menghasut ini tidak membawa apa-apa kebaikkan kepada rakyat.

“PH cuba mendapatkan undi dari menghasut dan dendam, tiada untung dari sudut pembanggunan sosial mahupun masa depan rakyat, ianya hanya sekadar sikap benci yang akan terus merugikan negara,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan tulisan-tulisan bekas Najib di Facebook tidak menggambarkan keadaan kesihatannya yang teruk.

Rafizi berkata, Najib kelihatan seperti mempunyai akses bebas kepada dunia luar, yang mungkin mengesahkan dakwaan berkaitan layanan istimewa kepada ‘Merpati’ di penjara.

Sejak beberapa hari lalu, timbul dakwaan layanan istimewa diberikan terhadap Najib yang dirujuk dengan nama kod ‘Merpati’ di media sosial. Ia sekali gus menyebabkan ramai pemimpin pembangkang menuntut penjelasan kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here