Netizen kecam individu hambur kata kesat terhadap anak Najib

0
2

ORANG ramai mengecam tindakan seorang individu dipercayai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana didakwa melemparkan kata-kata kesat terhadap anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi tangkap layar ciapan Twitter yang tular di media sosial, individu berkenaan yang dipercayai kakitangan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) turut mengeluarkan kata kesat dengan mengelar Nooryana Najwa sebagai ‘anjing’.

“Apa ke bangang nak menipu. Aku sendiri check darah bapa kau semua normal anjing,” ciap individu berkenaan.

Namun, samakan Malaysiapost mendapati akaun Twitter individu berkenaan tidak lagi dapat diakses.

Isu itu mendapat perhatian netizen dengan rata-rata berharap Nooryana mengambil tindakan undang-undang terhadap kebiadapan lelaki berkenaan.

“Jom kita report beramai-ramai doktor biadap terhadap DSN (Najib) ni. Tepek sekali gambar-gambar penghinaan dia tu sebagai bukti.

“Harap ahli keluarga DSN ambil tindakan terhadap mamat celaka ni. Bahaya kalau betul ada doktor yang benci DSN jaga DSN di HKL. Entah apa racun dia bagi nanti,” ujar netizen.

Semalam media melaporkan, Najib yang sebelum ini dilaporkan mengalami masalah tekanan darah, masih lagi menerima rawatan dan menjalani beberapa ujian kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memberitahu Mahkamah Tinggi tekanan darah Najib sudah turun tetapi belum berada pada tahap memuaskan, walaupun selepas diberikan ubat bagi penyakit darah tinggi yang asal.

Malah, Muhammad Shafee berkata, setakat hari ini tiada sebarang petunjuk Najib akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

“Beliau tidak kelihatan seperti biasa, tidak seceria seperti sebelum ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here