Helikopter hilang: SAR tumpu di Hutan Simpan Chikus

0
2

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) helikopter yang terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang semalam tertumpu di Hutan Simpan Chikus di Bidor, Perak.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata operasi disambung semula 8 pagi tadi dengan kawasan carian diperincikan pasukan SAR.

Katanya, pencarian dijalankan menggunakan dua kaedah iaitu di udara dan darat.

“Kita mendapat maklumat agak lewat dan kita ke kawasan yang dikenal pasti itu juga agak lewat yang mana keadaan semakin gelap, jadi kita tidak mendapat apa-apa lagi petunjuk.

“Jadi SAR bersambung semula SAR pagi esok dan kita berharap ada orang ramai tampil menyalurkan maklumat.

“SAR hari ini membabitkan 11 pegawai, 68 anggota PDRM dan pelbagai agensi pasukan penyelamat,” katanya.

Terdahulu, bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah menerima panggilan awam memaklumkan terdengar bunyi helikopter terbang rendah di belakang rumah di Kampung Kenangan Jalan Bidor/Teluk Intan pada 5.40 petang.

Helikopter bernombor pendaftaran N409 HH jenis EG 120 Eurocopter milik syarikat Heli Outpost Sdn Bhd dilapor hilang dengan koordinat terakhir dikesan berhampiran Hutan Simpan Chikus.

Difahamkan pesawat itu diterbangkan juruterbang bukan warga negara, namun identitinya belum dikenal pasti. – Malaysiapost

Kredit foto: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here