RATU Elizabeth II, raja paling lama berkhidmat dalam sejarah British meninggal dunia pada usia 96 tahun.
Berita duka itu diumumkan Istana Buckingham dalam kenyataan pada jam 6.30 petang semalam.
Kenyataan itu turut memaklumkan penetapan
10 hari untuk berkabung serta penghormatan terhadap pemerintahannya yang memecahkan rekod.
“Ratu meninggal dunia secara aman di Balmoral petang ini.
“Raja dan Permaisuri akan kekal di Balmoral petang ini dan akan kembali ke London esok,” kata kenyataan itu.
Anak sulung daripada empat anaknya, Charles iaitu Putera Wales, yang berusia 73 tahun adalah pewaris tertua dalam sejarah British, menjadi raja serta-merta. – Malaysiapost

