Real Sociedad sekat kebangkitan MU

0
2

KEBANGKITAN Manchester United di bawah Erik ten Hag terhenti seketika setelah tewas kepada kelab Sepanyol, Real Sociedad 0-1 dalam aksi Liga Europa di Old Trafford, awal pagi tadi.

Perlawanan yang dibayangi kesedihan susulan kemangkatan Ratu Elizabeth III adalah kekalahan pertama United selepas mengharungi empat kemenangan berturut-turut dalam saingan liga.

Daily Mail melaporkan, kemenangan Sociedad dibantu penalti kontroversi yang dihadiahkan kepada pelawat pada minit ke-59 apabila bola terkena tangan pemain pertahanan United, Lisandro Martinez.

Video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan penalti tersebut setelah bola didapati melantun dari lutut Martinez lalu terkena tangannya.

Brais Mendez menyempurnakan sepakan penalti itu untuk menewaskan David De Gea.

Terdahulu suasana suram menyelubungi Old Trafford apabila pemain United bersama penyokongnya bertafakur seminit memberi penghormatan terhadap Ratu Elizabeth II.

Pemain The Red Devils memakai lilitan hitam di lengan sebagai tanda berkabung. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here